Kelas Intel & Keusahawanan
27Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 23-26 Januari 2016, PI Krokong dengan kerjasama dari PI Sibuluh telah mengadakan Kelas Intel dan Keusahawanan yang telah disertai oleh 6 orang staf PI. Tujuan utama kelas ini adalah untuk mendidik para peserta agar menggunakan internet dan media sosial untuk tujuan promosi dan pemasaran produk perniagaan.
Antara topik-topik yang telah diajar adalah seperti kaedah pemasaran atas talian, emel, latihan membangunkan laman web perniagaan, mencipta blog perniagaan menggunakan WordPress dan kaedah pemasaran melalui laman sosial serta laman web. Selain itu, aktiviti sampingan iaitu taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) turut disertakan bagi mendidik para peserta agar menggunakan internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: